banner-pindah1

Kepada pelanggan dan bakal pelanggan kami yang dihormati, kami telah kembali berpinda ke http://picturesyndicate.net setelah masalah teknikal yang kami alami baru-baru ini berjaya diatasi.

UNTUK MELIHAT SAMPEL2 GAMBAR, ALBUM DAN PROMOSI TERKINI SILA LAYARI LAMAN WEB RASMI KAMI ATAU EMAIL PERTANYAAN KE: picturesyndicate@yahoo.com


Kualiti dan Pengalaman ATAU Harga yang Murah (tapi macam sampah)? itu lah persoalan yang selalu bermainkan di minda kebanyakan kita jika ingin mendapatkan servis dari seseorang photographer. Kepada bakal-bakal pelanggan sekelian, diharap anda dapat membuat pilihan yang tepat. Kami di Picturesyndicate Photography berjanji akan mengunakan sepenuh kepakaran dan pengalaman kami untuk memberi servis terbaik kepada anda!

Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda

-Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
-Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai perananKualiti dan Pengalaman ATAU Harga yang Murah (tapi macam sampah)? itu lah persoalan yang selalu bermainkan di minda kebanyakan kita jika ingin mendapatkan servis dari seseorang photographer. Kepada bakal-bakal pelanggan sekelian, diharap anda dapat membuat pilihan yang tepat. Kami di Picturesyndicate Photography berjanji akan mengunakan sepenuh kepakaran dan pengalaman kami untuk memberi servis terbaik kepada anda!


Alfie & Linda

01Aug09

linda & alfie

DSC_3225

DSC_3157

DSC_3148

Hari ni bersambung majlis Sanding plak…pasangan ni cukup cool.


Zaman & Murni

23Jul09

zaman & murni

zaman & murni

murni & zaman

Gambar-gambar majlis pernikahan pasangan Zaman & Murni yang berlansung di Masjid Iskandar,  Jalan Dato Kumbar.

p/s: credit to Dafi yang beri kepercayaan kepada aku untuk shot majlis ni. tqvm


Sha & Din

15Jul09

sha & din


a

wan azizul & muna

wan azizul & muna

Pasangan ini adalah kawan baik aku.


Assalamualaikum.

Di maklumkan bahawa laman web rasmi Picturesyndicate Photography (www.picturesyndicate.net) telah mengalami masalah teknikal untuk sementara waktu. Di harap para tetamu dan bakal pelanggan kami boleh merujuk sampel dan pakej-pakej di blog ini untuk membantu anda membuat pilihan. Untuk sebarang pertanyaan sila email kepada picturesyndicate@yahoo.com atau hubungi ahmad 012.504.5244 | 019.563.6468


Pakej 2010 - 628px

download full size qoutation disini: Pakej Promosi 2010

Sila email @ SMS :

– Nama pasangan
– Tarikh dan Masa
– Lokasi
– Pakej yg anda inginkan
– No tel anda

Anda akan di hubungi secepat mungkin!

no tel: 012.504.5244 | 019.563.6468 | ahmad
email: picturesyndicate@yahoo.com
website: http://picturesyndicate.net | https://picturesyndicate.wordpress.com


picturesyndicate.net


Aeer & Effa

26Dec08

Name: Aeer & Effa
Location: Alor Star, KEDAH
Date: 26 Disember 2008

effa